Pengunjung : 12086 Sabtu 13-3-2010 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:
OPKIM dekatkan siswa dengan Masyarakat

FELDA KEMAHANG - Operasi Khidmat Masyarakat 2008/2009 (OPKIM) dekatkan penuntut Uni-versiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan komuniti Felda Kemahang dalam usaha memenuhi tanggung-jawab sosial.

Ketua Pengarah OPKIM, Muham-mad Zolkifli berkata, program berkenaan dijalankan sebagai satu sumbangan sosial siswa jurusan perubatan dalam mendekati masyarakat luar bandar.

“Seramai 102 penuntut tahun tiga terlibat dan ia pertama kali menggabungkan dua fakulti iaitu perubatan dan kejururawatan serta penyertaan paling ramai setakat ini.

“Peserta program berkampung selama empat hari bermula 11 hingga 14 Disember di Felda Kemahang 1 melalui program anak angkat,” katanya.

Menurutnya, program itu juga bertujuan membina ikatan ukhuwah dan kemahiran globalisasi antara penuntut dengan warga tempatan.

“Aktiviti sebegini memang perlu bagi menimba lebih banyak pengala-man dan memberi ruang kepada mereka untuk memahami cara hidup penduduk di sini,” katanya.

Katanya, program bertemakan “Bakti Ditabur Budi Disemai ” memberi peluang peserta menghargai alam sekitar di samping menyalurkan maklumat mengenai jurusan perubatan dan kejururawatan kepada masyarakat luar bandar.

Selain itu Muhammad berkata, kerjasama badan-badan kerajaan lain membuka peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam organisasi pelaksanaan bagi meningkatkan ciri-ciri komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan.