RIYADH - Empat orang menjadi korban baru virus MERS di Arab Saudi menjadikan jumlah kematian akibat virus itu meningkat kepada 32.

Kementerian Kesihatan negara teluk itu berkata, semalam dua mangsa meninggal dunia dari bandar barat Taif manakala dua lagi mangsa meninggal dunia di wilayah timur Arab Saudi.

Dua minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kematian global  akibat virus itu meningkat kepada 31.

Virus yang seakan-akan Sars itu melanda Timur Tengah dikenali sebagai Sindrom Coronavirus Timur Tengah (MERS).

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :