• Al-Hafiz Hamzah tenang membawa jenazah anakanda Adam Farish ke surau berdekatan untuk disembahyangkan. - FB Kesultanan Johor Al-Hafiz Hamzah tenang membawa jenazah anakanda Adam Farish ke surau berdekatan untuk disembahyangkan. - FB Kesultanan Johor
1 /

JOHOR BAHRU - Anak sulung penjaga gol utama skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah, 2, meninggal dunia, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Adam Farish yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) meninggal akibat akibat komplikasi paru-paru.

Muhammad Al-Hafiz yang berada di Kelantan bagi perlawanan suku akhir kedua menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini, tidak akan diturunkan.

Beliau kini difahamkan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.