• Ahmad Dhani Ahmad Dhani
1 /

ANAK ketiga komposer terkenal, Ahmad Dhani, terlibat dalam kemalangan ngeri di Jakarta pada 8 September lalu.

Dalam kemalangan itu, anaknya, Ahmad Abdul Qodir Jaelani atau Dul mengalami patah kaki.

Pun begitu, pembedahan telah dilakukan pada hari yang sama, namun Dul terpaksa melalui satu lagi pembedahan setelah doktor mengesan ada pendarahan di ususnya.

Menurut Ahmad Dhani di laman mikro, Twitternya, pembedahan kedua itu selamat dilakukan dan kini keadaan Dul kian stabil.

Kemalangan yang meragut enam nyawa itu berpunca daripada kenderaan yang dipandu Dul jenis, Mitsubishi Lancer, memasuki arah bertentangan secara tiba-tiba dan merempuh dua kenderaan lain.

Pun begitu, Ahmad Dhani dilaporkan akan menziarahi keluarga mangsa dan memohon maaf di atas kecuaian anaknya itu secepat mungkin.