Pengunjung : 1307 Rabu 7-1-2009 Daftar | Lupa ID/Password ID : Password:

Laporan Pembaca Sinar Harian


Klik di sini untuk menghantar berita atau maklumat kepada kami.

Pilih tarikh untuk membaca laporan mengikut tarikh:


Berhati-hati Jika Ingin Membeli Rumah

 

6/1/2009 12:39:56 AM

Pengirim: Saadon Abd Manan


Pada Julai 2008 yang lalu, saya telah mendapat kunci rumah baru. Ia terletak di Taman Mulia, Pajam, Negeri Sembilan. Pemaju perumahan tersebut ialah Seri Pajam Development Sdn Bhd. Keluarga dan rakan-rakan memuji tentang kecantikan rumah kami. Namun, pada waktu malam, keadaan sekeliling berbau busuk. Rupa-rupanya rumah kami begitu dekat dengan tempat pembuangan sampah. Apakan daya rumah sudah dibeli.

Selepas sebulan kami menduduki rumah itu, banyak masalah yang timbul seperti bocor di sana sini, tangki najis tersumbat, retak dan sebagainya. Banyak bahan binaan yang digunakan tidak berkualiti dan boleh dikatakan semua kerja dibuat dengan tidak teliti, hanya kerana mementingkan keuntungan yang diperolehi.


RISDA Mungkir Janji

 

6/1/2009 12:35:11 AM

Pengirim: Saadon Abd Manan


RISDA tidak membayar duit hasil kelapa sawit pak cik saya seperti dalam perjanjian. Tanah seluas 7 ekar telah diusahakan oleh RISDA selama 9 tahun, dan dalam masa itu RISDA hanya membayar RM1,000 lebih sahaja, apakah logiknya? Bila ke pejabat RISDA yang berada di Lenggong, Perak, pelbagai jawapan yang diterima.

Saya minta supaya pihak atasan datang sendiri ke Lenggong. Kasihan penduduk kampung, tanah yang ada pun itupun mahu dibeli oleh pihak RISDA Lenggong dengan harga yang begitu murah. Harga yang ditawarkan tidak munasabah iaitu 7 ekar dengan harga RM30,000 sahaja. Sesetengah penduduk yang tertekan dengan masalah ini terpaksa menjualnya daripada tidak mendapat apa-apa hasil, dan ada juga tuan tanah yang sudah meninggal dunia.

Diminta supaya pihak RISDA Lenggong lebih perihatin terhadap penduduk kampung. Untuk menghubungi penduduk kampung, sila hubungi Pak Syaid 05-7677467.


Masalah Kemajuan Kampung Baru Sungai Senam, Sik, Kedah

 

5/1/2009 7:37:05 PM

Pengirim: Zamzuri Bin Abd Hamid


 

 

Di sini menceritakan masalah Kampung Baru Sungai Senam, Sik, Kedah, yang selalu ketiadaan air. Pekara ini bukan isu yang baru, tetapi sudah lama lebih kurang 25 tahun lebih. Masalah tersebut telah dilaporkan pihak berkenaan tetapi tiada tindakan yang diambil. Penderitaan penduduk -penduduk kampung tersebut tiada pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masaalah ini. Kadang-kadang sampai 2-3 minggu ketiadaan air.


PMR 2008 - SM3KB Sukses Lagi

 

30/12/2008 5:27:25 PM

Pengirim: SYED HASSAN


 

 

Seramai 14 orang daripada 185 orang calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu (SM3KB) telah muncul sebagai pelajar cemerlang dengan memperoleh pangkat A dalam semua mata pelajar yang diambil pada PMR 2008.

Penolong Kanan, Hj Rohaizad Mokhtar memberitahu, "Mereka yang mendapat 9A dalam kategori pelajar cemerlang ialah Naziratul Akma, Nurfadilah, Fahmi dan Ab. Zarin merupakan pelajar yang tinggal di asrama dan pelajar Yayasan Selangor,” katanya di sini hari ini. Sementara pelajar yang mendapat 8A ialah Mazhar Ab Lajis , Hoh Yong Jun , Ahmad Hatim, Mohd Aiman, Tengku Mohd Amirul, Nur Fatin Syahadah, Nur Fatin Syahirah, Tan Yun Yin dan 7A Darshini dan Tashwini.

Sementara itu Pengetua Kanan, Hj Manap bin Jarkasi berkata beliau amat berpuas hati dengan pencapaian pelajar SM3KB tahun 2008 kerana dapat menurunkan Gred Purata Sekolah kepada 2.19 yang juga merupakan pencapaian terbaik dalam Daerah Hulu Selangor. SM3KB berjaya mencatat 86.8% kelulusan PMR 2008.


PENAMATAN KONTRAK PEKERJA AWAM GRED R1 DAN JAGA R1 JPN TERENGGANU

 

24/12/2008 8:11:26 PM

Pengirim: Idris Bin Mohd


Beberapa orang sahabat di Terengganu telah menerima surat penamatan kontrak tersebut pada tarikh 18 Disember 2008 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Yang mengejutkan, seramai 119 orang telah ditamatkan kontrak tanpa sebarang alasan yang diberikan. Perkara ini perlu dilihat dari sudut kemanusiaan yang melibatkan pekerja awam serta keluarga mereka. Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ini. Penamatan kontrak secara mengejut ini memberikan impak yang cukup besar bagi diri pekerja awam itu sendiri termasuklah keluarga mereka tambahan pula sesi persekolahan anak-anak bakal bermula tidak lama lagi. Yang menyedihkan, pekerja-pekerja tersebut yang terdiri daripada pekerja Awam gred R1 dan Jaga gred R1 di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu tidak diberikan notis awal yang membolehkan mereka membuat persediaan bagi menghadapi situasi penamatan kontrak tersebut. Malah ada juga dikalangan pekerja yang cemerlang dalam tugas mereka tidak diserapkan kembali sehingga menimbulkan tanda tanya kemana perginya perikemanusiaan dan rasa menghargai jasa mereka selama ini seperti yang sering dilaungkan setiap kali pilihanraya bahawa "kerajaan amat prihatin dan berterima kasih terhadap sumber tenaga yang diberikan dalam memajukan negara khususnya dalam dunia pendidikan".

Diharapkan pihak kerajaan dapat melihat semula perkara ini apatah lagi negeri Terengganu bakal menghadapi pilihanraya yang sudah tentu akan mengukur sejauhmana "kebenaran janji-janji pihak kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat".

Rakyat Prihatin
Idris Bin Mohd,
Kampung Bukit Besar,
21400 Kuala Terengganu.
0129397441


[1 2 3 4 5 6 7 8 9]
MukaSurat 1 / 9
Bookmark laman ini


Cari artikel / berita :



Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami sebelum ini kerana masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Kami sedang cuba untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Terima kasih atas sokongan anda. Untuk mendapatkan
berita-berita sebelum ini, anda boleh cari artikel mengikut kata kunci (cth: harga petrol) di ruang carian di atas

« LIHAT GAMBAR »