PENYANYI versatil Alif Satar bakal akhiri zaman bujang bersama gadis pilihannya yang dikenali Sha Dila Halid, 30.

Menerusi sebuah akhbar tempatan, jejaka berusia 24 tahun ini, mengakui sudah menghantar rombongan merisik pada Selasa lalu.

Setelah empat tahun menjalinkan hubungan cinta, mereka bakal disatukan pada September depan.

Alif menjelaskan bahawa faktor keserasian dan sikap memahami Sha Dila memikat hati lelakinya.

Biarpun enam tahun perbezaan usia, Alif menegaskan bahawa keputusan tersebut adalah tepat.

Katanya, tidak elok jika mereka sentiasa keluar bersama tanpa sebarang ikatan yang sah demi menjaga nama baik keluarga mereka berdua.