• Air Asia Air Asia
1 /

MASALAH perbezaan pendapat antara pemegang saham dalam menentukan hala tuju perniagaan menyebabkan AirAsia Bhd (AirAsia) mengambil keputusan tamatkan perjanjian dan tarik diri daripada usaha sama (JV) AirAsia Japan bersama ANA Holdings Inc (ANA).

Menurut AirAsia, perbezaan pendapat itu termasuk mengenai cara pengurusan kos hingga kepada penentuan pangkalan operasi domestik di Jepun, sehingga menjadi punca pembatalan JV yang dilancarkan dua tahun lalu di bawah nama AirAsia Japan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, di sebalik penamatan itu, beliau tetap mempunyai pandangan positif terhadap pasaran Jepun dan percaya terdapat peluang besar bagi syarikat penerbangan tambang rendah untuk berjaya di negara itu.

"Walaupun berdepan isu kos, jenama AirAsia berjaya tarik perhatian pelanggan di Jepun. Kami tetap punyai impian ubah industri perjalanan udara di Jepun dan berharap kembali ke pasaran itu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.