KUALA LUMPUR - Operasi di sembilan cawangan Pejabat Pengeluar Pasport Jabatan Imigresen Malaysia akan ditutup pada Sabtu dan Ahad ini bagi menaik taraf sistem masing-masing.
   
Cawangan itu ialah Jalan Duta, Wangsa Maju, Pelabuhan Klang, Kajang, Kuala Selangor, Kuala Kubu Baharu, Sepang, UTC Puduraya dan UTC Sentul, demikian menurut kenyataan Jabatan Imigresen hari ini.  - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.